Pages

  • twitter
  • facebook
  • rss

April 08, 2011

Mencintai dan Membenci...

www.tips-fb.com
"Cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti." 
-Sayidina Ali bin Abi Talib.

Membela orang yang dicintai satu tindakan mulia. Namun membela musuh yang dizalimi jauh lebih mulia.

bukankah membenci tu dpt merosakkan hati...

'apabila sesorang ada nya benci. dia akan hidup dalam deraan psikologi yang amat menyeksakan..setiap kali mendengar nama org yg dibenci, fikiran menjadi keruh. jika sesorg memujinya, hati seola-olah terbakar. hati dipenuhi sangkaan buruk setiap kali melihat org yang dibenci itu mlakukan sesuatu atau mengucapkan sesuatu. hati sukar percaya bahwa ia berniat baik atau mampu berbuat baik.Tidak mampu untuk menerima sedikit pn kelebihan org yg dibenci tu..'

sgt seksa nye hati tu kan?

soalan.. kenapa perlu membenci??
membenci tanpa sebab yang jelas...
sikap membenci tanpa sebab yang jelas tentu sahaja sangat jauh dr keadilan. org seperti ini bnrnya sdg menderita sakit jiwa yang harus segera diubat.

tapi..kalau di ikutkan.. untuk membenci seseorang,,, berbaloi ke?
mungkin dia telah menyakiti hati kita... tapi berbaloi kah utk 'mengorbankan' lagi hati tu utk dia..
kan dengan membenci tu sendiri menambahkan lagi sakit di hati..

seringkali, kebencian kita jauh lebih besar dr sebabnya. sebab yang remeh dibesarkan lagi oleh ego sendiri.

tak perlu lah terus menyakiti diri sendiri... sama-sama lah rawat hati sendiri...
'jangan marah jika orang lain tidak berubah seperti yang kita harapkan kerana kita sendiri tidak berubah seperti yang kita inginkan.'

segalanya bermula dr dalam diri sendiri. baiki diri, baiki hati...

Cintai seadanya, benci sekadarnya...
"Tidak halal bagi seorang Muslim menjauhi saudaranya lebih dr tiga hari. Kedua-dua nya berjumpa, namun saling berpaling drpd satu sama lain. Orang terbaik antara kedua-duanya adalah yang terlebih dahulu mengucap salam." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim drpd Abu Ayyub)



Ya Allah, kami meminta agar dapat menjaga
keadilan dalam mencintai dan membenci.
dan jagalah mata hati kami dari di butakan oleh kedua-duanya,
Benar, buta mata hati adalah seburuk2 musibah yang Engkau timpakan
kpd hambamu di muka bumi ini. 
Amin Ya Rabbal'alamin...



*dipetik dr Solusi isu 29*
:)

1 kata hikmah:

Unknown said...

hasad dengki akan memyebabkan perasaan benci datang dalam hati kita. Hmmm berikan senyuman nescaya org akan selalu menyukai kita...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...