Surrender Polisi Medical Card AIA Yang Semakin Mahal
2 months ago
As a new year at school begins, Lola’s heart is broken by her boyfriend, though soon she’s surprised by her best friend, promising musician Kyle, who reveals his feelings for her.
Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humour, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius,
Sabarkah engkau dgn perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
Tekanan hidup mungkin menyebabkan peranan ku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan perkerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku.
Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu?Terjejaskah cinta kita di hatimu?
Andai kerjayaku diempuh badai dan surut seketika, kewangan ky dan keluarga kita jauh drpd mencapai kesempurnaan keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana menanggung aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun..
Sabarkah engkau menempuhnya?Masihkah aku kekasih hatimu?
Aku menjadi lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun..
Sabarkah engkau dgn diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diri ku dgn massa, dan aku terpaksa selalu ke sana sini untuk berkerja,
Sabarkah engkau dgn suasana itu, dan adakah aku masih cinta di hatimu?
Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumah tangga kita sunyi tanpa cahaya mata,
Apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumah tangga kita?
Sekiranya rumah tangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau strok melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suamim kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kau hadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan
Mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan tanggungjawabku sebagai suami?
Syukur alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidakk mampu mencium bau mu sayang. Mendekati mu sahaja sudah cukup mengundang loya. entah la berapa lama. Mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. ada kemungkinan bukan sahaja utk kandungan kali pertama, malah yang depan-dpean juga.
Sabarkah engkau dgn kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?
semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidurku sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja, tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa.
Sabarkah engkau dengan kelemahan ku ini?
Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu.
Masihkah aku buah hatimu?
Semasa kita berumah tangga, past hidup kita indah bagai di syurga. Tambah pula dgn kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahay mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan dalam rumah tangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka.
Masihkah mampu terus tersenyum menawarkan bahagia?
Selepas beberapa tahun berumah tangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara-mara dan teman memperlimu menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. di kala engkau di asak keluarga dan teman,,
Masihkan aku ada tempat di lubuk cintamu?
Andai selepas beberapa tahun berumah tangga, aku di putuskan pemeriksaan perubatan bahawa diriku ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita..
Apakah aku masih kekasih hatimu?
Jika aku ditakdirkan Allah di uji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kemoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah engkau hadiahkan kepadaku.
Masihkah engkau mencintaiku?