Pages

  • twitter
  • facebook
  • rss

August 01, 2012

Wahai bakal suami

www.tips-fb.com

Untuk kamu bakal2 suami. baca. dan bayang kan sejenak.

Syukur alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidakk mampu mencium bau mu sayang. Mendekati mu sahaja sudah cukup mengundang loya. entah la berapa lama. Mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. ada kemungkinan bukan sahaja utk kandungan kali pertama, malah yang depan-dpean juga.
Sabarkah engkau dgn kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?
semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidurku sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja, tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa.
Sabarkah engkau dengan kelemahan ku ini?
Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu.
Masihkah aku buah hatimu?
Semasa kita berumah tangga, past hidup kita indah bagai di syurga. Tambah pula dgn kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahay mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan dalam rumah tangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka.
Masihkah mampu terus tersenyum menawarkan bahagia?
Selepas beberapa tahun berumah tangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara-mara dan teman memperlimu menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. di kala engkau di asak keluarga dan teman,,
Masihkan aku ada tempat di lubuk cintamu?
Andai selepas beberapa tahun berumah tangga, aku di putuskan pemeriksaan perubatan bahawa diriku ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita..
Apakah aku masih kekasih hatimu?
Jika aku ditakdirkan Allah di uji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kemoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah engkau hadiahkan kepadaku.
Masihkah engkau mencintaiku?


'Perkahwinan bukanlah utopia cloud nine'




copied from 'AKU TERIMA NIKAHNYA'


*Apakah engkau sanggup menempuhi segala risiko pahit manis itu bersama aku?*

0 kata hikmah:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...