Pages

  • twitter
  • facebook
  • rss

August 29, 2012

Ehemm

www.tips-fb.com
Dear me,
Stop those doubts.

August 28, 2012

BFF❤

www.tips-fb.com
Its time for our yearly vacation.
So. 2012... Where will we be heading to? Ehem ehem..
Sementara masih single neh laa kita vacation sama2. Agak2.. Taun dpn kalo nk berholiday skali pn,. Bwk laki masing2? Kut? Eheh..

'Kita hanya merancang. Dia juga yg menentukan'

Buku merah jgn lupa bwk! Nk Check in dluuu!

28082012

www.tips-fb.com
Yes. I am. ;)

August 21, 2012

210812

www.tips-fb.com
Dah hari ke tiga syawal...
Duit raya lgsng xgerak lagi. (untunggg)

Relative langsung tak ziarah menziarah lagi..
Tp.. Pesakit da ramai yg menziarahi ku. Hehe.. Dah nak amek ubat nye pasal kannn~

first day raya mmg berbaju raya la..
2nd n 3rd da xde baju raya daaa.. Sobs..

*Takpe sok da nak balik! yeayeahh*

Aaaa....Sy perempuan. Bila nampak cermin... Camneh laa gayanya.. Hehe... :p

August 19, 2012

Selamat Hari Raya!

www.tips-fb.com
Ainul Hasnida nama saya,
Di Mekah sana ummi saya,
Di farmasi menyambut raya,
Nak ucap jugak slmt hari raya.

Cikgu bm kata pantun failed! :p

Selamat hari raya smua.
Saya pakai pink. Bosan? Saya tak bosan ponnnn.... Hehehhee..

;)

Silap salah, terkasar bahasa, terguris hati.. Harap di maafkan...

Maaf Zahir Batin.


August 13, 2012

Ramadhan 2012

www.tips-fb.com
Tinggal beberapa hari je lagi ntuk bersama Ramadhan...
Alhamdulillah...syukur... Ramadhan taun neh tak teruk sgt dugaan nya.. tak seperti ramadhan taun-taun lepas..

Bila di kenang balik... genap setaun dkes pecah rumah dulu... tp smpai sekarang sy masih fobis.
setiap kali balik kerja tgk mangga tak berkunci mesti berdebar2. first skali tgk bila masuk rumah, pintu bilik terbuka tak, then tgk barang2 berharga dlm bilik.. dan sebab kejadian pecah rumah tu..kami berpindah ke rumah yg lebih selamat. Mmg rumah ni lebih selesa. lebih selamat. itulah hikmahnya mungkin...

dan dua taun lepas...juga bulan Ramadhan..saya di duga dgn patah hati. kecewa... tapi Alhamdulillah.... besar hikmah nya kekecewaan tu... wlpn ditipu, di herdik, di caci, di kasari.. semua itu mungkin balasan. dan mungkin juga pemangkin ntuk saya lebih dekatkan diri kepada Nya.. Semua telah di maafkan cuma pengajarannya.. masih terselit. dan buatkan saya sentiasa berhati2..

 Dan alhamdulillah... tinggal 5 hari lagi Ramadhan akan berlalu...dugaan ku taun neh cuma sambut ramadhan dan first syawal tanpa umi je...Insya'Allah..
umi berpuasa n beraya di Mekah.. so sebab umii takde kat sini... raya taun neh pn saya volunteer tuk kerja hari raya. n jadual kerja sgt laaaa padat kut! ok la tu..dah alang2 keje...

kalo ikutkan..ramadhan taun neh.. sy dah sambut sebagai isteri org. tp... perancangan Allah lagi hebat. Dia tau apa yg terbaik ntuk hambanya. kalo smbut sbg isteri org pn.. tapi jauh2..mcm mana lak kan..
ibu bapa mahu yg terbaik ntuk anaknya..jadi terimalah... bukan jodoh kita. Semoga kamu bahagia di sana...

Apapun... bila dikenang balik... memang sy mengucap syukur yang tak terhingga...
sesungguhnya.. yg baik dan yang buruk.. semua tu ada hikmahnya. Allah maha mengetahui dan Dia lah juga sebaik-baik perancang..... dan ini lah yang terbaik. i'm happy enough. thanks... alhamdulillah... :)

** Semoga terus konsisten menunaikan ibadah malam-malam terakhir Ramadhan yg penuh barakah ni.. tak tau taun dpn smpt jumpa lagi ke tak kan......Gambate neh!**

August 08, 2012

080812

www.tips-fb.com

- kita kan kawan -

August 06, 2012

goodbye facebook

www.tips-fb.com

yes i'd just deactivate my facebook.
tp..boleh ke daku tanpa facebook? neh kat iphone neh dah berkali2 tekan fb..
fb neh kalo kita deactivate pon..., bila login balik cam biasa je dia masuk nya. tak bg amaran langsung~~ mcm takde fungsi je bila deactivate.

bukan dah xnak bersosial.. skrg neh mcm fb tu ada la gak penting nya.. selain update crita kawan2.. suka gak usha shop online kut fb tuh.. byk gak yang menarik. skang fb da xde jd buntu mana nk usha online shop neh~ aicehh..

tp tu la.. masalah nya.. lebih dari 10 friend request sehari??? gilo apo? daku bukan nya artist wehhh.. takyah laaa nk hot sgt~ takde hot pon. pelik. pelik n pelik smpai daku deactivate terus fb tuh.
hamek.. pelik semacam. account daku kena hack kut???
then..try la nak bukak acc lain, tak dpt la pulakkkk~~ da guna email tuh kira existing user wlpn dah deactivate..takkan nk wat email baru semata2 fb? ugh... thennn??? apa laa fb nehhh!!! menyampahh i!

tp mcm best gak kalo bukak fb baru. byk sgt kwn yg tak knal, kawan kpd kwn... herm.. lpas neh bkak fb ntuk mereka yg btul2 knal je.. tak social sgt lahhh kononnya~~ ;)

tp masalah nya.. camne nehh nk bukak account baru tanpa wat email lainnnn???? *sigh*

*baik. aku main frenster je la. ngeeehh... :p*


dah la rasa-rasa mcm fb kena hack. then td tgh jalan keluar hospiral, tak semena2 ada orang jerit 'AINUL HASNIDAA' . kuat kot? suara laki. tp mcm cuak nk pandang...tp tgk2 la gak kut2 ada org knal. tp takdak plak. apalagi. teruskan langkah yg berterabur tu la... apahal lakk? 
sejak bila daku jd artis woihhh?! pffft~ anyone nk sign ka?? hahahhaa. 
(mungkin aku mimpi~ :p )

'Wuteverrrrrrr'




*muka artis tensennn + depressed + stress arineh...*



August 04, 2012

L.O.L

www.tips-fb.com

As a new year at school begins, Lola’s heart is broken by her boyfriend, though soon she’s surprised by her best friend, promising musician Kyle, who reveals his feelings for her.


dah keje memalam ni mana ada patient sgt..apa lagi.. layan movie la.. *sempat lagi*

cerita L.O.L tajuknya...miley cyrus blakon. (nampak selebet lak minah ni dlm citer neh..)

but i do fall in love with this song~ layanzz..
 (hero dia cute)




August 03, 2012

Mekap menipu.

www.tips-fb.com Ada sedara tu kata....

Perempuan mudah cair, lelaki senang terpikat...

Sebab tu la..

Laki menipu, perempuan pakai mekap.


Nampak tak kaitan nya? Hermm..

Tp sy tak pakai mekap, awak pn tak menipu la kan?

Tp.. Sy pakai mekap gak kdg2.. So.. Awak mnipu gak la kdg2.

Eheh. Biasa la tu.. Manusia~ ;)

August 02, 2012

Wahai bakal isteri..

www.tips-fb.com

Untuk bayangan kaum hawa.. semoga direnungkan...

Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humour, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius,
Sabarkah engkau dgn perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
Tekanan hidup mungkin menyebabkan peranan ku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan perkerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku.
Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu?Terjejaskah cinta kita di hatimu?
Andai kerjayaku diempuh badai dan surut seketika, kewangan ky dan keluarga kita jauh drpd mencapai kesempurnaan keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana menanggung aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun..
Sabarkah engkau menempuhnya?Masihkah aku kekasih hatimu?
Aku menjadi lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun..
Sabarkah engkau dgn diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diri ku dgn massa, dan aku terpaksa selalu ke sana sini untuk berkerja,
Sabarkah engkau dgn suasana itu, dan adakah aku masih cinta di hatimu?
Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumah tangga kita sunyi tanpa cahaya mata,
Apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumah tangga kita?
Sekiranya rumah tangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau strok melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suamim kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kau hadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan
Mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan tanggungjawabku sebagai suami?

"... Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya" (Al-baqarah 2:286)


..rumah tangga adalah lanjutan peringkat kehidupan, bukan melangkah ke mimpi yang jauh drpd realiti alam nyata, pastikan langkah kaki tidak bermula, sebelum telah jelas gambaran akhir di minda.

'..apabila cinta realiti diterbangkan ke langit impian, hingga kaki tak jejak bumi, tangan gagal menggapai awan'


copied from;
AKU TERIMA NIKAHNYA


Mr Future Husband,
Setiap soalan telah ku bayangkan bayanganmu.
itu semua risiko realiti kehidupan bakal menjelang..
tak aku kata aku mampu semua.. namun..
kita tak tahu betapa kuatnya kita sehingga menjadi kuat itu adalah satu-satunya pilihan yang ada..
aku percaya, andai itu ujian Nya, itu lah yang akan menjadi kekuatanku kelak.
Sesungguhnya Dia mengetahui apa yang terbaik ntuk ku.


'andai itu yang terbaik, risiko itu lah daku amik.'

-your lovely mata panda.. 
;)

August 01, 2012

Wahai bakal suami

www.tips-fb.com

Untuk kamu bakal2 suami. baca. dan bayang kan sejenak.

Syukur alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidakk mampu mencium bau mu sayang. Mendekati mu sahaja sudah cukup mengundang loya. entah la berapa lama. Mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. ada kemungkinan bukan sahaja utk kandungan kali pertama, malah yang depan-dpean juga.
Sabarkah engkau dgn kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?
semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidurku sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja, tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa.
Sabarkah engkau dengan kelemahan ku ini?
Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu.
Masihkah aku buah hatimu?
Semasa kita berumah tangga, past hidup kita indah bagai di syurga. Tambah pula dgn kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahay mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan dalam rumah tangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka.
Masihkah mampu terus tersenyum menawarkan bahagia?
Selepas beberapa tahun berumah tangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara-mara dan teman memperlimu menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. di kala engkau di asak keluarga dan teman,,
Masihkan aku ada tempat di lubuk cintamu?
Andai selepas beberapa tahun berumah tangga, aku di putuskan pemeriksaan perubatan bahawa diriku ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita..
Apakah aku masih kekasih hatimu?
Jika aku ditakdirkan Allah di uji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kemoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah engkau hadiahkan kepadaku.
Masihkah engkau mencintaiku?


'Perkahwinan bukanlah utopia cloud nine'




copied from 'AKU TERIMA NIKAHNYA'


*Apakah engkau sanggup menempuhi segala risiko pahit manis itu bersama aku?*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...