Pages

  • twitter
  • facebook
  • rss

August 02, 2012

Wahai bakal isteri..

www.tips-fb.com

Untuk bayangan kaum hawa.. semoga direnungkan...

Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humour, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius,
Sabarkah engkau dgn perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
Tekanan hidup mungkin menyebabkan peranan ku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan perkerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku.
Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu?Terjejaskah cinta kita di hatimu?
Andai kerjayaku diempuh badai dan surut seketika, kewangan ky dan keluarga kita jauh drpd mencapai kesempurnaan keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana menanggung aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun..
Sabarkah engkau menempuhnya?Masihkah aku kekasih hatimu?
Aku menjadi lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun..
Sabarkah engkau dgn diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diri ku dgn massa, dan aku terpaksa selalu ke sana sini untuk berkerja,
Sabarkah engkau dgn suasana itu, dan adakah aku masih cinta di hatimu?
Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumah tangga kita sunyi tanpa cahaya mata,
Apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumah tangga kita?
Sekiranya rumah tangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau strok melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suamim kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kau hadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan
Mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan tanggungjawabku sebagai suami?

"... Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya" (Al-baqarah 2:286)


..rumah tangga adalah lanjutan peringkat kehidupan, bukan melangkah ke mimpi yang jauh drpd realiti alam nyata, pastikan langkah kaki tidak bermula, sebelum telah jelas gambaran akhir di minda.

'..apabila cinta realiti diterbangkan ke langit impian, hingga kaki tak jejak bumi, tangan gagal menggapai awan'


copied from;
AKU TERIMA NIKAHNYA


Mr Future Husband,
Setiap soalan telah ku bayangkan bayanganmu.
itu semua risiko realiti kehidupan bakal menjelang..
tak aku kata aku mampu semua.. namun..
kita tak tahu betapa kuatnya kita sehingga menjadi kuat itu adalah satu-satunya pilihan yang ada..
aku percaya, andai itu ujian Nya, itu lah yang akan menjadi kekuatanku kelak.
Sesungguhnya Dia mengetahui apa yang terbaik ntuk ku.


'andai itu yang terbaik, risiko itu lah daku amik.'

-your lovely mata panda.. 
;)

0 kata hikmah:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...