Pages

  • twitter
  • facebook
  • rss

October 03, 2010

kesilapan yang mampu meragut nyawa..

www.tips-fb.com
KUALA LUMPUR: Kesilapan preskripsi seorang doktor sebuah hospital pakar berhubung dos ubat yang perlu dimakan hampir meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia 20 bulan apabila ubat yang diberikan melebihi had.

Arahan berkenaan yang menyebabkan bayi terbabit diberikan dos ubat berlebihan mengakibatkan mangsa berpeluh sepanjang masa, selain tidak sedarkan diri sejurus diberi makan ubat berkenaan. Ibu mangsa yang juga guru, Teoh Lee Thin, 26, berkata, anaknya, Teoh Jing Teng mengalami demam panas pada 23 September lalu sebelum dihantar ke sebuah hospital pakar di ibu kota.

Menurutnya, dia yang bergegas mendapatkan rawatan untuk anaknya di klinik kecemasan hospital berkenaan dibawa bertemu doktor pakar bertugas kira-kira jam 10 malam.
“Doktor terbabit memberitahu bayi saya demam panas mencecah hampir 40 darjah celcius selain jangkitan kuman pada kerongkong.
“Sebaik selesai diperiksa, doktor mengarahkan saya memberi makan tiga ubat kepada bayi saya selama tiga hari,” katanya ketika ditemui di Biro Aduan Awam MCA, semalam.
Menurutnya, kakitangan farmasi yang bertugas memberikannya tiga ubat iaitu cecair paracatemol untuk demam, cecair Amoxyllin sebagai antibiotik dan pil dequatin bagi melegakan sakit tekak.
“Mulanya timbul rasa pelik berikutan jumlah ubat yang diberikan terlalu banyak terutama cecair antibiotik sebanyak lapan mililiter berikutan jumlah itu untuk dewasa. Bagaimanapun, kakitangan farmasi terbabit mendakwa mengikut arahan doktor tanpa mahu merujuk arahan itu sekali lagi. “Namun, selepas diberi makan ubat terbabit, saya mula tidak sedap hati apabila mendapati bayi saya berpeluh melampau selain khayal tidak sedarkan diri,” katanya.
Menurutnya, dia yang bimbang keadaan kesihatan anaknya itu segera menghubungi doktor di hospital berkenaan bagi mendapatkan kepastian.
“Hanya selepas dua jam panggilan terbabit, seorang jururawat menghubungi semula saya dan memberitahu dos diberikan berlebihan.
“Saya terkejut sebelum membawa anak saya ke hospital lain bagi menjalani rawatan dan pemeriksaan ultrasound. Doktor berkenaan mendakwa pil sakit tekak yang diberikan itu untuk pesakit dewasa,” katanya.
Malah, mangsa dimaklumkan ubat demam terbabit yang diberikan berlebihan boleh mengakibatkan kesan buruk pada bahagian hati selain cecair antibiotik berlebihan pula boleh menyebabkan kerosakan pada tulang dan saraf.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, kecuaian itu akan dirujuk kepada Majlis Perubatan Malaysia selain laporan akan dihantar pihaknya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). -copy paste dr Metro online



wuu.. ini sbb wrong prescribing. .sbb doktor salah preskrib, farmasi pn turut bsalah sbb tak kompemkan balik.... huu.. takot nya mende mcm ni blaku..tp kekadang, org nk kompem balik, doc tu lak kerek.. marah sbb nak query dia lak..huu...
haa.. slalu org ingat yang duk kaunter bagi ubat tu tak perlu sijil apa-apa kan?? tgk..kalo takde sijil n pengetahuan mcm mana nk check dos ubat tu betul ke tak.. so.. jgn la pelekeh kan org yg bagi ubat kat kaunter tu.. sesungguhnya mereka adalah terdiri drpd pemegang ijazah atau diploma.. kalau kat tempat saya ni, pmegang diploma je la.. tp spatut nya, 3 taun belajar cukup berpengetahuan dah bab dos.. lagi-lagi dah berpengalaman bkerja kan... 
wrong dispensing satu hal..tuh kompem2 la salah farmasi.. doktor nk bg ubat lain, salah bagi ubat lain.. yang tu lagi laa boleh membawa maut..nauzubillah.. mintak jauh dr kesilapan mcm tu...


bagi mereka yang tunggu lama sikit masa nak ambil ubat tu.. sabar la.. kalo kelam kabut, kang ubat pn dah tersalah2.. iskk... mintak jauhh~~
apa pun, kita hanya manusia biasa.. mudah lalai n bisa melakukan kesilapan..tapi ni ksilapan yang membabitkan nyawa org... bagi mereka yang berkenaan(tmasuk diri sndiri)... berhati-hati n berwaspada la.. sila bkerja dgn tekun dan berhemah... aiceh~ :)


so, apa pn.. mari sam-sama kita mengenali ubat kita.. supaya kita tak perlu was-was ntuk makan ubat... tak gitu?



dispens ubat pandai.. antibiotik suh org habiskan..
tp diri sndiri pn mkn shari je pastu stop.. apa kes??
aiyah....saya la tu.. susah tul nk compliance mkn ubat.
ubat tak besh.. tak bagus. huhu..
mari mencegah.. mencegah lebih baik dr merawat.
tp kalo da takdir kna mkn ubat spanjang hidup nk wat cmne..kan..
yg penting sila ikut medication compliance~! hohoho
ok terima kasih. ini sahaja ucapan utk kali ini.
esok tak keje~ yeayy!!!

4 kata hikmah:

sarah-najwan said...

minta dijauhkn..

Anonymous said...

ubat memang tak best..
saya pun takut nak bg ubat kat pt..
hhehehhehe...

Anis izyan Abd Rahman said...

aa mintak diajauhkan dri jadi macam nie kat sy!!
huuuwwww..

haidi takeAfoto said...

hehe seyes sy mls giler mkn ubt..kdg2 g klinik semata2 nk dpt bau klinik pastu nk doc tu letak stateskop kt chest sy jer..pastu kompem sembuh..xmkn ubt yg doc tu bg pn..mind set je kot..saikologi je ase tu...heheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...