Pages

  • twitter
  • facebook
  • rss

April 23, 2011

gemuk dah ni weh~

www.tips-fb.com

Zaman moden sekarang ni, masalah lebih berat badan bukan lah masalah yang pelik dan boleh dikatakan biasa..

Mengalami berat badan berlebihan adalah igauan yang buruk bagi mereka yang mementingkan penampilan diri.. terutamanya perempuan la kan..kenapa ye?

Sebab...Kegemukan dapat mengurangkan rasa keyakinan diri, menebalkan rasa rendah diri yang teramat..tapi, tak dinafikan, gemuk bukan lah penghalang untuk berjaya.

ok, ketepikan pasal penampilan, fokuskan kpd yg lebih penting.. kesihatan. berat badan yg berlebihan akan mengundang lebih byk risiko utk mendapat penyakit2 lain.. contoh; obesiti, kencing manis, jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi..
masa muda ni la kita kena jaga..kan..

 ok, disini mau saya berkongsi beberapa langkah yang boleh kita ikuti untuk mengawal berat badan. oh yea, ni bukan lah tips dr saya..ini melalui pembacaan. hanyalah berkongsi utk sama-sama kita amalkan.. ;)

1.      Motivasi Diri

-“Saya harus boleh!!!”. Tanamkan tiga perkataan ini dalam setiap langkah pertama dalam hidup kita bagi mengawal masalah berat badan. Godaan akan sentiasa datang namun kita harus sentiasa ingat bahawa kita mampu mengawalnya. Sentiasa menjadikan mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan sebagai motivator dalam proses mengurangkan berat badan. Mereka akan membantu kita dengan  memberikan dorongan apabila kita mula berasa putus asa dengan program penurunan berat badan yang sedang dilakukan.
 

2.  Mengambil Sarapan

-Sarapan merupakan perkara yang wajib dilakukan bagi mereka yang ingin menjaga berat badan mereka. Menurut kajian, kita seharusnya tidak  meninggalkan rumah pada waktu pagi tanpa menjamah sebarang makanan kerana makanan yang dimakan akan memberikan kita tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti seharian. Tidak perlu mengambil menu sarapan yang berat. Memadailah dengan hanya mengambil pisang, yogurt, bijirin, roti dan lain-lain yang bersesuaian kerana makanan yang ringan ini  mengandungi banyak serat dan protein yang akan membuatkan kita berasa kenyang sehingga tiba waktu makan tengahari.

3.  Label Makanan

- Sediakan beberapa waktu sejenak untuk membaca kandungan gizi pada label makanan. Perkara yang perlu diperhatikan adalah kandungan kalorinya kerana zat inilah yang berperanan dalam menambahkan berat badan seseorang apabila diambil secara berlebihan. Sesuaikan keperluan tenaga atau kalori kita dalam sehari dengan catatan yang tertera pada label makanan tersebut.


4.    Makan Dengan Betul
-Untuk jangka masa pendek, sememangnya diet akan menurunkan berat badan kita. Namun, apabila kita berhenti berdiet maka berat badan  akan bertambah kembali. Makan makanan yang sihat ketika diet atau mengurangi beberapa jenis makanan tidak semestinya akan membuatkan berat badan  turun. Tetapi yang paling penting adalah dengan memilih makanan yang seimbang nilai gizinya sesuai dengan keperluan tubuh kita kerana kalori yang dimakan akan dimanfaatkan secara optimum.
5.   Makan Secara Teratur

- Tubuh secara semulajadi akan menurunkan metabolisma apabila berasa lapar. Hal ini tentu tidak begitu baik sewaktu menjalani proses penurunan berat badan. Jadi, bagi menghindari hal tersebut maka pola makanan harian yang seimbang dan rutin perlu di lakukan setiap hari. Pastikan jumlah makan juga minimumnya tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan awal malam.



6.  Banyakkan Pengambilan Makanan Berserat


- Serat adalah sangat penting untuk menjaga tubuh kita agar tetap sihat. Serat yang kita makan sehari-hari adalah berfungsi membantu menurunkan kolesterol dan melancarkan saluran pencernaan. Serat juga boleh mengenyangkan dan secara semulajadi mengurangkan jumlah makanan yang tidak berguna. Sebahagian besar serat mempunyai kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah dan  ia sesuai sebagai  bahan makanan yang diperlukan bagi menurunkan berat badan.
7.   Mengambil Makanan Yang Sihat
-Pilihlah makanan yang tidak mengandungi lemak yang banyak dan banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu juga, pilihlah minyak sayur sebagai sumber lemak kerana minyak sayuran kurang mengandungi lemak. Jadi sebagai alternatif lain, kita perlu  makan makanan yang mengandungi banyak Omega 3 seperti ikan. Banyakkan memakan makanan yang mengandungi protein dalam jumlah yang banyak. Hal ini demikian kerana protein akan membuatkan perut kita berasa kenyang dalam masa beberapa jam sehingga mengurangkan keinginan kita untuk makan makanan yang mengandung kalori yang tinggi.



8.         Olah raga dan senaman


- Sesuaikan olahraga yang dipilih dengan keadaan tubuh. Salah satu olahraga yang sihat, murah dan boleh dilakukan oleh semua orang adalah dengan berjalan kaki. Berjalan kaki minimum lima kilometer sehari dan usahakan selalu untuk menambah jarak kita berjalan adalah sesuatu yang digalakkan. Ingat, senaman tidak hanya menurunkan berat badan kita tetapi juga supaya tubuh kita menjadi lebih sihat.
9.         Minum air secukupnya
- Beberapa ahli dan pakar kesihatan menyatakan bahawa, dengan meminum air yang cukup maka kita akan terhindar daripada makan secara berlebihan. Disarankan agar kita minum air sebanyak enam hingga lapan gelas sehari. Selain untuk mengawal berat badan, air juga mampu mejadikan tubuh kita sihat dan cergas serta terhindar daripada risiko penyakit. Air putih yea..bukan air nescafe. 

Di ikutkan, banyak cara untuk menurunkan berat badan sekaligus membina tubuh badan yang sihat, cergas dan kuat. Hanya keyakinan, usaha dan azam sahaja yang membezakan seseorang individu itu.

Jadi,tepuk dada dan tanyalah selera jika benar-benar ingin menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan diri kita.



artikel from:

Langkah mengatasi masalah berat badan. Oleh : Norfahani Saini



0 kata hikmah:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...