Pages

  • twitter
  • facebook
  • rss

January 30, 2011

oreo cheesecake!

www.tips-fb.com Saya suka buat cake. oh yes, i love baking!
neh resipi amek dr mana sy pn da lupa.. tp dah try wat.. snang sgt. n sdap la gak~ :laugh:
(neh utk k.nisha... malas nk salin, copy paste n print kat comp k.amy okeh! hehehe...)
bahan-bahan:

untuk base::
  • 120 g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja)
  • 120 g mentega cair

Cheese kek:
(A)
  • 2 biji kuning telur
  • 120 g gula
  • 160 ml susu

(B)
  • 250 g cream cheese
  • 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
  • 250 g whipping cream (dipukul sedikit) (dalam paket mcm susu kotak)
  • 1/2 sudu besar jus limau (lemon)
  • Krim dari biskut Oreo yang digunakan untuk wat tapak tu.
  • 2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan cake berbintik hitam)

Cara-cara

  1. Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh dibuka bawahnye. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras
  2. Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau hingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil]
  3. Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan(B) yang lain. Pukul sehingga sebati. Last skali, masukkan bahan (A) yg telah di double-boil tadi
  4. Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam
* kalau nak buat Blueberry cheesecake, lepas tuangkan dalam base, masukkan 2-3 sudu besar blueberry pie filling dan kacau sedikit. Setelah kek keras, letak selebihnya di atas*


kek neh baru try skali... n lupa nak amek gmbr.. so..xdek gmbr... tp lebih kurang la rupa dia ngan oreo cheese cake yg secret recipe tuh~ :puteh_6:ehemm... tp mmg sdapp okeh! :mBerangan:

janji ngan kengkwn nk wat..
tp xwat2 lagi..
mixer takde okeh!
aiceh..ada je alasan...
heheheh...♥

2 kata hikmah:

Unknown said...

waaa besh ni~

Leyha said...

nak try la nie. hehehe :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...