Pages

  • twitter
  • facebook
  • rss

January 15, 2011

rezeki yg cukup vs rezeki yg tidak cukup-cukup...

www.tips-fb.com "Bandingan org yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya." (surah al-baqarah; 261)

nk share baca dari majalah solusi.. sgt bernas kata-katanya...

Rezeki yang bertambah tidak dilihat dari jumlahnya shj tp harus dilihat dr pelbagai dimensi secara holistik. terutama mari kita lihat dari segi keberkatannya.

kenapa org yg kaya.. tapi tak pernah cukup dgn kemewahan yg ada?
dalam soal rezeki bukan byk atau sikit yg harus dipertimbangkan tapi soal berkat atau tidak. kalau rezeki sudah berkat, sedikitnya sudah mencukupi, dan banyaknya boleh dagih-agihkan. berbanding rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak mencukupi, banyaknya tidak puas. itulah terjadi pada si kaya harta masih miskin jiwa akibat dr rezeki yg tidak berkat..

Allah itu al-Razzak dan al-Wahhab, apabila seseorang insan memberi kpd insan lain bagi mendapatkan keberkatanNya, maka Allah akan menggantikan pemberiannya itu dgn sesuatu yg lebih baik malah lebih byk. mungkin tidak dr segi kuantiti tapi boleh jadi dr segi kualitinya.

Sayyidina Ali pernah mengungkapkan, "Harta yang milik kamu yang sebenar ialah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah." jadi, boleh dikatakan rezeki itu bukanlah apa yg kita terima sebaliknya yg kita berikan.

semakin kita berikan pada jalan Allah, semakin bertambah rezeki. rezeki bukan lah dr segi harta sahaja. boleh jadi dalam bentuk masa, tenaga, dan ilmu. Rezeki yang kita simpan, hakikatnya belum tentu menjadi kepunyaan kita. Mati boleh datang tiba-tiba. sebaik kematian dtg, rezeki kita sudah bertukar tangan-menjadi pusaka dan warisan setelah di faraidkan.

sama-sama kita mencari keberkatan Nya dalam mencari rezeki... 
insya'Allah...
umi saya kata, selalu la amalkan ayat seribu dinar ni..
insya'Allah tak kan kesempitan rezeki...



3 entry dlm satu hari..?
bayar hutang2  kesepian entry pd hari sbelum2 nya..
hehehe... 
:)

0 kata hikmah:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...